selamat dtg,1001 cerita ttg kehidupan..

Monday, 24 October 2011

Pemain Bola Sepak Muslim Terkenal

  Bagi peminat-peminat fanatik sukan bola sepak,nama-nama seperti Zinedine Zidane,Cristiano Ronaldo,Lionel Messi, David Beckham ,Thierry Henry dan lain-lain lagi ( sekadar menyebut beberapa nama ) adalah tidak asing lagi bagi mereka.Tapi tahukah anda ada di antara pemain bola sepak yang terkenal beragama Islam.Mungkin sesetengah daripada anda akan terkejut melihat senarai ini memandangkan majoriti pemain bola sepak terkenal beragama Kristian.Cerita24seven membawakan kepada anda senarai pemain bola sepak Muslim (samada asal muslim atau mualaf) yang terkenal.Terkenal sahaja....bukan yang suam-suam kuku...sebab yang tak berapa nak terkenal tu lagi ramai....


Zinedine Zidane : Antara pemain terhebat dalam sejarah.3 kali memenangi Fifa World Player Of The Year
dan telah memenangi kesemua piala yang sepatutnya dimenangi oleh seorang pemain bola sepak profesional seperti Piala Dunia,Piala Eropah,Liga Juara-juara,Piala Antara Benua dan deretan kejuaran liga dan piala di peringkat kelab ketika beliau   bermain dengan kelab seperti Bordeux,Juventus dan Real Madrid.


Zlatan Ibrahimovic : Antara pemain terbaik dunia ketika ini.Mempunyai skil kawalan bola yang cukup baik dan mahir menjaringkan gol dengan pelbagai gaya.Pemain yang cukup berpengaruh di Ajax Amsterdam,Juventus,Inter Milan,Barcelona dan kini  AC Milan.


Mesut Ozil : Pemain perancang No 10 Real Madrid yang cukup kreatif dan
dianggap ramai pihak sebagai pemain midfield terbaik dunia ketika ini.


Samir Nasri : Milfield kreatif yang semakin meningkat naik dan kini bermain dengan Man.City.


Abel Xavier : Pemain pertahanan kental dari Portugal yang taksub dengan gaya rambutnya yang pelbagai.Pernah bermain dengan Liverpool.

Abou Diaby : Kapten semasa Perancis dan juga mewakili Arsenal.Dikatakan bakal pengganti Patrick Viera kerana stail kawalan permainan dan bentesan hampir menyamai bekas pemain Perancis itu.

Ali Daie : Pemain terhebat Iran dengan penampilan terbanyak.Pernah mewakili kelab Jerman terkenal iaitu Bayern Munich.Seoranh penyerang yang begitu tajam menghidu peluang gol.


Edin Dzeko : Pemain antarabangsa Bosnia.Terbukti sebagai penjaring  prolifik di Jerman bersama Wolfsburg tetapi belum terbukti  di EPL bersama Man.City.

Eric  Abidal : Bek kental Barcelona dan Perancis

Fandi Ahmad : Pemain lagenda Singapore yang pernah bermain di Liga Bola Sepak  Greece.

Franck Ribery : Pemain sayap berkemahiran tinggi dari Perancis dan bintang dalam pasukan Bayern Munich.

Halil Altintop : Pemain bintang pasukan Turki

Hamit Altintop : Kembar kepada Halil Altintop.Kini bermain dengan  Bayern Munich.Seorang midfielder yang kreatif dan rajin.

Hasan Salihamidzic : Pemain antarabangsa  Bosnia.Pernah bermain dengan Bayern Munich dan sekarang bermain dengan Juventus.


Hatem Ben Arfa : Pemain Perancis yang mewakili kelab Newcastle United.Bercuti panjangt akibat kecederaan patah kaki.

Ibrahim Afellay : Pemain kebangsaan Belanda.Seorang winger yang hebat dan kini mewakili  kelab hebat Barcelona.

Freddy Kanoute : Penyerang berbisa Sevilla.

Karim Benzema : Bintang Real Madrid.Antara pemain terbaik dunia ketika ini.

Khalid Boulahrouz : Pertahanan kental dari belanda.Terkenal dengan aksinya yang  lasak.

Kolo Toure : Kini dengan Man.City.

Lee Won Jae : Penjaga gol kebangsaan Korea selatan



dan ramai lagi......




























No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...