selamat dtg,1001 cerita ttg kehidupan..

Wednesday 15 June 2011

Bapa...kasih sayang dan pengorbanan yang tiada penghujung..

Semalam ketika penulis tercari-cari siaran TV yang menarik untuk ditonton,alat kawalan jauh yang ditekan akhirnya  terhenti pada satu "channel" yang biasanya jarang mendapat perhatian penulis disebabkan agak "out of date" dan boleh dibaratkan macam perempuan 20 tahun menjanda yang malas nak make-up.Yang menarik perhatian penulis bukanlah disebabkan channel tersebut telah berubah wajah daripada ala-ala kadar kepada  standard janda cantik Rozita Che Wan,tetapi sebuah filem yang dilakonkan oleh Will Smith,seorang pelakon kulit hitam Hollywood yang karismatik.Kebetulan penulis memang meminati kebanyakkan filem-filem lakonan beliau yang boleh dikatakan ada "class' seperti Independence Day,Men In Black,I-Robot,Hancock dan I am legend ( sekadar menyebut beberapa filem ).Tetapi filem lakonan beliau yang satu ni terlepas dari pandangan penulis dan rupa-rupanya inilah filem terbaik lakonan beliau yang pernah penulis tonton.



The Pursuit of Happyness,filem berlatarkan 70an dan berdasarkan kisah benar yang mempunyai jiwa yang cukup kuat mengisahkan pengorbanan seorang bapa dalam mengejar kebahagiaan untuk keluarganya.Watak beliau digambarkan sebagai seorang lelaki yang gagal dalam pekerjaan tetapi seorang bapa yang cukup prihatin dan penyayang.Bermula sebagai "salesman" menjual mesin pengimbas ketumpatan tulang yang jualannya lembab macam siput dan dikatakan sebagai "unnecessary luxury" oleh pembeli yang cerewet,Chris Gardner (Will Smith) berakhir sebagai seorang pemilik firma saham yang bernilai jutaan Dollar.Tetapi cabarannya dalam mengejar impiannya dan keluarganya tidak mudah.Beliau dan anak tunggalnya Christopher (Jaden Smith) ditinggalkan oleh isterinya Linda (Thandie Newton ) yang tidak tahan dengan kemiskinan dan beban hutang yang ditanggung.Bagi orang seperti Linda, duit adalah segala-galanya mengatasi cinta suami dan kasih terhadap anak tunggal yang baru berusia 5 tahun hingga sanggup meninggalkan kasih sayang dan tanggungjawab jauh di San Francisco untuk menjadi pelayan restoran di New York.

Maka bermulalah kisah perit dan suka duka Chris dalam membesarkan dan melindungi anaknya seorang diri.Dihalau dari rumah sewa yang sudah 3 bulan tak berbayar,kemudian menyewa di Motel dan juga dihalau beberapa hari kemudian,tidak mampu membayar tambang teksi berjumlah AS$18.00 dan terpaksa menagih hutang dari seorang rakan yang hanya berjumlah AS$14.00! 

Chris dan anaknya kehilangan tempat tinggal dan hidup merempat di sekitar bandar San Francisco.Airmata lelaki penulis  mengalir tanpa sedar apabila melihat beliau dan anaknya terpaksa bermalam di dalam tandas keretapi berlapikkan kertas.Beliau dan anaknya keesokkan harinya bermalam di rumah kebajikan untuk orang-orang gelandangan (homeless).Itupun selepas beratur panjang beberapa jam menanti giliran.

Walaubagaimanapun,kesusahan dan kepayahan hidup tidak mematahkan semangatnya untuk memperjuangkan nasib mereka berdua.Dalam masa yang sama dia cuba memohon jawatan sebagai pelatih broker saham di samping menjual alat x-raynya itu.Akhirnya beliau berjaya diterima untuk ditemuduga selepas menunjukkan bakatnya menyusun  "cube" dalam masa 10 minit yang mana ketika itu hanya seorang professor dalam seluruh Amerika Syarikat berjaya menyusun permainan itu.Itu pun dalam masa 30 minit.Chris sebenarnya seorang yang bijak tetapi tidak mendapat peluang yang cukup dan akhirnya beliau diterima sebagai pelatih broker saham.Menjadi pelatih juga tidak mudah kerana diberi peluang enam bulan latihan tanpa sesenpun elaun!

Berkat kesabaran  beliau,akhirnya beliau diterima menjadi broker saham dan kejayaannya tidak berhenti di situ apabila berjaya membuka firma sahamnya sendiri yang bernilai jutaan Dollar.

"Review" cerita ini bukannya tujuan utama penulis walaupun nampaknya begitu.Apa yang menarik minat penulis ialah kisah pengorbanan dan perjuangan seorang bapa demi kasih sayang terhadap anaknya.Penulis tersentuh apabila mengenangkan status penulis sebagai bapa kepada dua anak lelaki dan tanggungjawab yang penulis perlu pikul untuk membesarkan kedua-dua mereka dengan penuh kasih sayang.Cuma mungkin nasib penulis lebih baik dari Chris kerana mempunyai isteri yang menyayangi sepenuh hati.

Terima kasih untuk lakonan mantap Will Smith yang memberikan inspirasi untuk semua bapa di dunia...

Selamat Hari Bapa !

c24s : Pertama kali mengalirkan air mata untuk cerita Hollywood



2 comments:

  1. wow...ni kene tgk cerita ni cerita tu...betul2 menyentuh hati.......

    ReplyDelete
  2. memang best gile...tahap wajib tonton..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...